26 Ogos 2017

AMARAN: Posting kali ini mungkin mempunyai unsur yang tidak senonoh dan tiada kena mengena baik yang hidup, yang mati, yang single atau yang berpasangan. Jika ada, ia hanyalah kebetulan sahaja yang tidak disengajakan. Ianya hanyalah pemikiran yang ‘over’ bagi penulis ini. Jika terdapat terasa hati atau tersinggung, sila emailkan kepada penulis.

Sudah menjadi rutin kebiasaan mendengar radio bila menghadap kesesakah lalu lintas apabila sedang balik kerja. Bila berada terperap di dalam kereta dengan kelajuan 0 ~ 10 km/jam, radio kebiasaan yang menjadi pilihan, era.FM dengan DJ Fad Bochey dan Dina Nazir pada petang-petang. Kemudian lagu Wany Hasrita bertajuk ‘Menahan Rindu’ berkumandang di radio kereta perodua Axia ini, Si SuriHari membelek telefonnya dan aku terlentok ke tingkap kereta sambil pemikiran entah ke mana.
Bila berada dalam ruang terperap macam kereta, tandas ni, makin luas tahap pemikiran kita ni sampai memikirkan sesuatu yang luar batasan. Kalau lepak kat kedai mamak pun tiadalah level pemikiran macam ini.

wany hasrita, menahan rindu
gambar kredit: youtube kipidap
Berbalik kepada Lagu Wany Hasrita – Menahan Rindu, otak introvert ini mula ligat berpusing dan entah bagaimana boleh tergelak dengar lagu ni sambil membayangkan perkara yang kurang senonoh. Aku pun mula berteka timbulkan persoalan kepada SuriHari sambil lagu Menahan RIndu terus berkumandang.

“Macam mana dia sampaikan rindu dengan angin?”, Aku bertanya dengan gelak kecil. SuriHati keliru kejap.

“Jawapannya dengan Kentut la….hahaha.”.
kentut
gambar kredit: google

(Dalam otak dah terfikir dengan santau angin dengn kentut, jadi untuk lebih lawaknya aku pilih KENTUT…Hahah..). Masih konfius? Meh nak terangkan tapi AWAS, nanti korang akan dengar Lagu Wany Hasrita ni dengan persepsi lain lak.

Huraian Lirik Menahan Rindu oleh penyanyi Wany Hasrita
oleh Blogger Introvert ni. Maaf jika ada yang tersensitif dan kurang asam.

Mulakan membaca huraian ini dengan santai.
(Tukar perkataan ‘Rindu’ dengan ‘Kentut’…hehehe)

Sejenak Ku termenung
Awan Pun mulai murung
Tiada Siulan siulan burung burung

(Pada masa ini dia sedang duduk termenung semasa cuaca yang tengah mendung. tiada dengar kicauan burung sebab cuaca nak hujan..angin sejuk sempoi-sempoi bahasa meniup membuatkan meremang sejuk.)

Menemani Hari ku
Menemani Sepi ku
Tersiksa Angkara menanggung rindu

(Hanya dia seorang je ketika itu semasa cuaca mendung tersebut tapi dahinya berkerut menahan sakit perut dan kentut…)

Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi

(Oleh kerana tidak tertahan sakit perut tadi, maka diamula menyeru 'Oh angin'-maksudnya angin di dalam perut untuk keluar. dan bila dah keluar mungkin ia akan berbunyi..bila berbunyi tandanya dah keluar.)

Biarpun sekadar cuma
Memujuk Hati

Akan Ku terus berdiri hadapi semua ini
(ketika bermonolog jika angin tersebut keluar, kemungkinan ia akan berbau yang tidak menyenangkan, dia cuba pujuk kata dalam hati untuk berdiri supaya tidak pengsan menghidu bau angin tersebut.)

Biarlahku Bersendirian
Terkurung Dalam kenangan silamku
Biarlah Aku
Menahan Rindu

(apabila difikarkan, biarlah dia bersendirian memikir kenangan ketika dia pernah melepas angin waktu dulu yang bukan kenangan manis...bila difikirkan lagi biarlah dia rela menahan kentut)

Oh Angin
Kau Kirimkan kalimah kasihku
Agar Dapat ku dengari kalamnya berbunyi

(ulang)

Biarpun Sekadar cuma
Memujuk Hati
Akan Ku terus berdiri hadapi semua ini

(ulang)

Oh Hati
Kau Sedarilah kenyataan ini
Agar Dapat ku gagahi dan terus berdiri

(Dia nak tegaskan sekali lagi yang dia perlu terima kenyataan mungkin akan bau busuk, jadi dia akan tahan dan terus menahan dengan gagah sekali untuk berdiri sehingga line clear)

Biarlahku Bersendirian
Terkurung Dalam kenangan silamku
Biarlah Aku

(ulang)

Menahan Rindu
Menahan Rindu

(menahan kentut
menahan kentut)

nota: semua penulisan berdasarkan imaginasi pandangan penulis sahaja. harap peminat tidak terasa hati.

17 Ogos 2017

Bila dah masuk alam bekerja ni atau banyak berurusan dengan bank. Biasa akan terkena apabila nombor pejabat yang tak dikenali muncul di telefon. Pada mulanya ingatkan atas urusan kerja atau panggilan interview ke yang nak bagi duit free ke; rupanya panggilan daripada Bank, Insurans dan pernah beberapa kali panggilan luar negara masuk 'Scam'. Bayangkan tetiba tengah buat urusan kerja atau tengah menunggu panggilan berkaitan kerja dna ada nombor pejabat masuk, memang secara automatiknya angkat. 

Mula-mula akan kedengaran, "Ini encik xxxx ke...?"
Terpaku sekejap nak mengaku ke tidak dan biasanya akan cakap,"Ya saya.."  je la..So secara automatik dia akan teruskan,"Saya membuat panggilan daripada Bank XXX atau dari XXX..Boleh kita bercakap 5 minit?"

Mula dari sini JANGAN percaya lima (5) minit tersebut. JANGAN PERCAYA!

Oleh kerana terlalu suci percaya panggilan macam ini, pernah la terpengaruh dengan produk tersebut dan berkongsi maklumat peribadi. Kemudian menyesal dan terus keluarkan duit daripada maklumat bank yang diberi dan terminat terus berkaitan dengan produk tersebut. Ada juga terpengaruh dengan Cashlite Kredit Kad ni beberapa kali disebabkan masalah kewangan masa itu. Apa-pun syukur tidak terjatuh ke kancah SCAM yang berleluasa sekarang. Jangan JATUH ke kancah kredit kad jugak!! Lesson learnt!!

Kemudian saya ada terbaca status di FB berkenaan dengan APPS WhosCall ni dan juba install. Setelah beberapa hari ada panggilan tiada dalam buku telefon, keluar ID yang telah di save oleh pengguna lain di dalam Database  Apps ni - testimoni

Sebenarnya banyak apps sediaada yang boleh block ID dan call, SMS ni. Kaum perempuan yang jenis taknak angkat panggilan telefon yang nombor baru ni boleh install ni juga. Amat berkesan.

Tapi kalau yang jenis susah angkat nombor baru ni pun susah juga. Jika berlaku kecemasan dan ada orang lain call nombor kita ni, dan kita taknak angkat. Jangan menyesal di kemudian hari sudah.


09 Ogos 2017

Kenapa tetiba boleh timbul tentang kunyit lak ni?

kredit: google-manfaat.co.id.

Kisahnya disebabkan my hero Irfan (anak lelaki) yang baru umur 8 bulan mengalami panas badan, suhu sekitar 37.6 ‘C di bahagian leher, terlebih sedikit dari paras normal (tapi di bahagian leher memang lebih panas sebab berhampiran dengan nadi dan leher pun kena selak skit..."leher mana...leher mana"), sedikit batuk dan amat sedikit mukus (hingus) jernih kuar dari hidung, tidak lena tidur, kerap meragam, SuriHati dah agak panik walaupun papanya agak cool dan mula membuat hipotesis (sebab tiada simptom selsema, masih super aktif,selera makan biasa, cuma susu macam lebih kerap lebih dahaga.):

1# Irfan umur 8 bulan dan masih belum tumbuh gigi lagi. kemungkinan proses nak tumbuh gigi berlaku atau ‘teething’
2# Reaksi kepada vaksin baru berlaku. Imun badan nak tengah ‘upgrade’
3# Badan bintik-bintik merah macam ruam (lebih kepada ruam biasa berbanding campak)
4# Sebab terhidu ‘fogging’, meredah fogging di sekitar rumah ni.

Jadi kami ambil keputusan untuk tengok dulu keadaan Irfan macam mana. SuriHati kena kerja hari ahad jadi Papaya (papanya) ni kena jadi house-husband (Sura-Rumah) sehingga petang. Tentulah tiada masalah bagi Papaya ni untuk jadi bayi umur 8 bulan yang panas badan ni.

Teringatlah dengan tips tradisional mak (panggil Mama) masa kecil-kecil dulu, biasanya kalau demam, mama akan guna air beras campur potongan kunyit dan lap badan selalu. Jadi teringatkan tips tersebut, saya cuba untuk semburkan pada Baby Irfan ni:

  1. Ambil dalam separuh cawan beras.
  2. Potong kunyit matang dengan hirisan kecil (memudahkan ambil khasiat dari hirisan kunyit)
  3. Isi air suam lebih kurang 4-5 cawan (supaya khasiat beras dan kunyit dapat keluar)
  4. Rendam beberapa minit pun boleh, beberapa jam pun okay. (Jangan biarkan semalaman atau terlalu lama kerana bakteria boleh membiak sebab ada sumber tenaga dari beras) 
  5. Sedikit air rendaman tu saya letakkan dalam botol spray untuk spray pada badan Baby Irfan, di kepala terutamanya (elakkan terkena mata, dalam telinga)
  6. Boleh juga lap badan. Saya amalkan sebelum mandi.
Alhamdulillah pada petangnya ruam bintik merah mula surut, panas pun dah reda.
kredit: manfaat.co.if-google

Disebalik Tips Tradisional dan Nilai Sains


Hebat orang dulu-dulu banyak gunakan sumber alam semulajadi untuk mengubati (mengurangi simptom sakit). Orang zaman sekarang tak pasti la tahu ke tidak, hampir 90% bahan di dapur kita tu mempunyai nilai perubatan dan khasiat yang tinggi serta mempunyai manfaat kepada tubuh manusia.10% lagi tu termasuk periuk, kuali, dapur, gas. Bak kata pepatah inggeris,"You are what you eat" (Kamu apa yang kamu makan). Maksudnya, sumber makanan kita daripada dapur membentuk kesihatan dan manfaat diri.

Kunyit mempunyai banyak khasiatnya yang dikenali beratus-ratus tahun dahulu lagi, cuma disini saya cuma nak terangkan khasiat dari segi penggunaan dalam air rendaman beras dan kunyit ni.

Kunyit  - Bertindak sebagai anti-bakteria dan antiseptik, anti-radang. Disebabkan terdapat ruam bintik merah pada kulit baby Irfan mungkin disebabkan ketidakselesaan dalam kulit,atau jangkitan bakteria sebab aktif sangat merangkak, bergolek, masuk mulut segala bahan.

Beras - Beras memang dah jadi makan asasi orang asia dan wajib ada kat rumah. Orang dulu-dulu buat bedak sejuk guna beras diperam. Kalau orang Jepun-Korea yang lebih canggih hasilkan produk berasaskan beras sebab khasiatnya untuk melembabkan dan menyejukkan kulit.


Rujukan:
1. http://drhealthbenefits.com/health-a-z/skin-health/benefits-of-raw-turmeric-for-skin

Jadi banyak menu berasaskan rempah ratus ni mempunyai khasiatnya. Yang menjadi kurang berkhasiat tu bila ditambah garam gula perencah perasa pewarna yang berlebihan, goreng menggunakan minyak yang diguna berpuluh-puluh kali (minyak masak boleh diguna bergantung kepada jenis yang dinyatakan pada label. Ada yang boleh diguna sehingga 2-3 kali. Jika diguna berlebihan nanti menjadi bahan yang tak sihat kepada badan.)

Sampingan.

Khasiat Ikan Goreng Kunyit


Jangan nak pelik bila sebut Khasiat Ikan Goreng Kunyit ni. Kalau sekali baca memang agak pelik, tapi dua tiga kali baca masih tak dapat tangkap, meh sini nak ceritakan.

Kalau biasa zaman kanak-kanak dulu, menu Ikan Goreng bersalut kunyit ini antara yang paling feveret. Makan nasi putih panas dengan kicap manis dengan ikan goreng kunyit yang lemak masin-masin ini pun dah cukup nak tambah lagi. Tak habis setakat tu, habis kepala ekor tulang digigitnya menikmati ikan goreng kunyit ni.

Mungkin dah dapat agak tang mana khasiatnya Ikan Goreng bersalut kunyit ni..haa… Tentulah khasiatnya pada serbuk kunyit yang disapu pada ikan tu. Ikan pun ada khasiatnya juga, minyak pun ada khasiat juga (minyak gorengan pertama atau kedua), dan pada garamnya juga. Jadi semuanya mempunyai khasiat tersendiri dan bergantung bagaimana cara penyediaannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Follower-Google-Blogger

Iklan

Blog Archive

Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger

Cari Blog Ini

Hubungi Blogger di Sini

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright © Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger | Powered by Blogger
Design by WP Lift | Blogger Template by NewBloggerThemes.com