07 September 2017

Radio dah menjadi sumber kedua selepas Facebook untuk aku dapatkan sumber informasi dan hiburan sebab hampir 1/3 gaya hidup seharian banyak dihabiskan dalam kereta dan radio jadi peneman. Jika biasa dengan iklan UBER di radio yang ceria ni akan dapat tangkap yang iklan UBER tersebut nak menunjukkan yang rakyat sekarang perlu membuat 2 kerja. Pada siang hari bekerja hakiki/tetap dan malam menjadi UBER.
uber

Iklan UBER ni mungkin dapat didengar di Radio sahaja disebabkan hampir semua kereta mempunyai radio dan targetnya adalah pemandu/pemilik kereta. Menunjukkan rakyat perlu membuat 2 kerja ini juga dizahirkan dalam bentuk lagu oleh Yus Zainal - Dua Kerja (Lirik dan Lagu di sini).

Secara peribadi aku yang kurang ilmu ekonomi ini, aku melihat tukaran matawang asing US Dollar (USD) sebagai rujukan dan penanda aras bagi taraf ekonomi dan pada 30 Ogos 2017 ini tukaran 1 US Dollar bersamaan 4.27 Malaysian Ringgit. Memang tinggi jika sebelum ini dalam anggaran RM3.50 ~ RM3.70.
2 kerja, ahmad maslan
Zaman sekarang ramai yang melakukan 2 atau lebih kerja bagi menampung kehidupan yang sederhana. Contoh dekat boleh dilihat pada Facebook,ada rakan-rakan yang menjual secara online menjadi agen atau dropship produk atau membuat produk sendiri. Menjual secara online lebih mudah kerana tidak perlu bersemuka dengan pelanggan, tak perlu tempat premis dan modal yang lebih rendah. Pemasaran juga boleh secara Like dan Share iklan je.

Saya baru 3 kali naik Uber ni sebenarnya dan untuk menjadi pemamdu Uber memang tidak berkesempatan la. Jika ada sesiapa yang berminat jadi Pemandu Uber atau GrabCar, boleh klik di Link facebook di bawah atau ke website Uber Malaysia


Rujukan: Facebook Uber Malaysia -Register

Kelebihan Uber kepada pengguna :-

 1) Pengguna hanya perlu download applikasi Uber daripada Google Play atau Apps Store dan mendaftar sebagai pengguna.
2) Pengguna boleh memesan kenderaan mereka dengan memilih jenis seperti UberX(ekonomi), UberXL(mpv) atau UberBlack(executive).
3) Pengguna boleh melihat berapa harga tambang sebelum memesan pemandu mereka. Dan boleh memilih untuk membuat pembayaran secara tunai ataupun menggunakan credit card.
4) Pengguna tidak perlu bersusah payah menunggu di bahu-bahu jalan kerana Uber menyediakan perhidmatan yang sangat mudah dimana pengguna dapat memilih sendiri lokasi mereka seperti di rumah, pasar raya, tempat kerja & lain-lain.
5) Keselamatan pengguna sangat diutamakan, dimana Uber memberi perlindungan serta pengguna dapat melihat profile pemandu seperti Nama Pemandu, Gambar Pemandu, Jenis kereta, No pendaftaran kereta dan No panggilan pemandu.
6) Uber menggunakan GPS bagi menjejak setiap perjalanan dilakukan. Jadi, tiada istilah bahaya bersama Uber.
7) Pengguna juga dapat menyemak setiap perjalanan menggunakan apps supaya tiada istilah menggunakan jalan jauh untuk tambang yang lebih. Malah pengguna boleh berkongsi saat perjalanan kepada ahli keluarga mereka sehingga tamat perjalanan dengan selamat.
8) Sistem Uber dilengkapi dengan Rating. Dimana disetiap perjalanan berakhir, pengguna & pemandu perlu memberi rating kepada perjalanan mereka. 1 bintang (rendah) > 5 bintang (sangat baik)

Kelebihan Uber kepada "rakan uber"(pemandu). 

 1) Pemandu boleh mendaftar dengan mudah, terus sahaja PM https://m.facebook.com/messages/thread/653539108154439/ page Uber Malaysia - Register. 100% adalah PERCUMA.
2) Pemandu hanya menggunakan applikasi Uber Partner untuk menerima tempahan daripada penumpang. Pemandu yang terdekat akan menerima permintaan.
3) Uber menyediakan GPS bagi memudahkan setiap perjalanan. Uber Maps, Waze atau Google Maps.
4) Pemandu boleh melihat setiap butiran penumpang seperti Nama, Lokasi perlu ambil penumpang & No panggilan penumpang.
5) Tidak perlu risau berkenaan tambang, kerana sistem uber seperti meter, bergerak setiap minit & kilometer secara automatik sahaja.
6) Uber memberikan pelbagai bonus serta imsentif tambahan kepada "rakan uber" bagi memastikan pemandu mendapat pendapatan yang lumayan. Seperti Booster & Surging (akan diterangkan lebih lanjut selepas menjadi rakan UBER)
7) Uber memberikan perlindungan kepada kereta, pemandu serta penumpang sekiranya terjadi kemalangan.
8) Platform Uber merupakan platform paling mudah digunakan oleh semua peringkat usia.
9) Tiada kekangan waktu bekerja & tiada target diperlukan. Hanya pandu apabila anda mempunyai masa terluang sahaja.
10) Uber beroperasi 24jam sehari, 7hari seminggu & 365hari setahun.
Ingin lihat pendapatan Rakan Uber kami? Disini https://m.facebook.com/story.php… kami kongsikan beberapa bukti pendapatan daripada "rakan uber" yang lakukan secara part-time dan juga secara full-time.
Jika berminat mendaftar sebagai "rakan uber" sila PM disini https://m.facebook.com/messages/thread/653539108154439/

30 Ogos 2017

Lirik Lagu Dua Kerja – Yus Zainal

(Download Lagu disini

Mereka Panggil aku cop wang disini
Apa Saja mahu hanya petik jari
Yang Berkerja cuma makan gaji
Jangan Termakan hati
Cuba Bukakan hati

Hidup senang begini
Ada rahsianya
Mari dekat ke sini
Ku boleh cerita

Sebut saja ku beri
Segala Galanya
TV Atau mercedes
Ku Sapu semua

Bukan Ku angkuh
Tapi Ku mampu
Semua Usaha
Ku Punya dua kerja
Ku Punya banyak harta
Bilang Nak apa saja
Apa Saja abang belanja

Ku Punya dua kerja
Ku Punya banyak harta
Bilang Nak apa saja
Apa Saja abang belanja

Beri Laluan serta seri haruman
Kau Keresahan aku datang beri bantuan
Jangan Salah anggap
Luahkan Puaskan perlu engkau ucap
Lirik Lagu Dua Kerja – Yus Zainal

Mereka Panggil aku cop wang disini
Apa Saja mahu hanya petik jari
Yang Berkerja cuma makan gaji
Jangan Termakan hati
Cuba Bukakan hati

Hidup senang begini
Ada rahsianya
Mari dekat ke sini
Ku boleh cerita

Sebut saja ku beri
Segala Galanya
Tv Atau mercedes
Ku Sapu semua
Bukan Ku angkuh
Tapi Ku mampu
Semua Usaha
Ku Punya dua kerja
Ku Punya banyak harta
Bilang Nak apa saja
Apa Saja abang belanja
Ku Punya dua kerja
Ku Punya banyak harta
Bilang Nak apa saja
Apa Saja abang belanja
Beri Laluan serta seri haruman
Kau Keresahan aku datang beri bantuan
Jangan Salah anggap
Luahkan Puaskan perlu engkau ucap

Jika Kau suka caraku
Segak Bergaya
Senyum Dan ikut saja
Terpulang padamu

Jangan banyak ditanya
Ianya tertulis
Tenang Saja dijiwa
Dan lihat apa hasilnya

Bukan Ku angkuh
Tapi Ku mampu
Semua Usaha
Ku Punya dua kerja
Ku Punya banyak harta
Bilang Nak apa saja
Apa Saja abang belanja

Ku Punya dua kerja
Ku Punya banyak harta
Bilang Nak apa saja
Apa Saja abang belanja

Ku Punya dua kerja
Ku Punya banyak harta
Bilang Nak apa saja
Apa Saja abang belanja

Ku Punya dua kerja
Ku Punya banyak harta
Bilang Nak apa saja
Apa Saja abang belanja

Ku Punya dua kerja
Ku Punya banyak harta
Bilang Nak apa saja
Apa Saja abang belanja

Yus Zainal - 2 Kerja (Official Music Video)


26 Ogos 2017

AMARAN: Posting kali ini mungkin mempunyai unsur yang tidak senonoh dan tiada kena mengena baik yang hidup, yang mati, yang single atau yang berpasangan. Jika ada, ia hanyalah kebetulan sahaja yang tidak disengajakan. Ianya hanyalah pemikiran yang ‘over’ bagi penulis ini. Jika terdapat terasa hati atau tersinggung, sila emailkan kepada penulis.

Sudah menjadi rutin kebiasaan mendengar radio bila menghadap kesesakah lalu lintas apabila sedang balik kerja. Bila berada terperap di dalam kereta dengan kelajuan 0 ~ 10 km/jam, radio kebiasaan yang menjadi pilihan, era.FM dengan DJ Fad Bochey dan Dina Nazir pada petang-petang. Kemudian lagu Wany Hasrita bertajuk ‘Menahan Rindu’ berkumandang di radio kereta perodua Axia ini, Si SuriHari membelek telefonnya dan aku terlentok ke tingkap kereta sambil pemikiran entah ke mana.
Bila berada dalam ruang terperap macam kereta, tandas ni, makin luas tahap pemikiran kita ni sampai memikirkan sesuatu yang luar batasan. Kalau lepak kat kedai mamak pun tiadalah level pemikiran macam ini.

wany hasrita, menahan rindu
gambar kredit: youtube kipidap
Berbalik kepada Lagu Wany Hasrita – Menahan Rindu, otak introvert ini mula ligat berpusing dan entah bagaimana boleh tergelak dengar lagu ni sambil membayangkan perkara yang kurang senonoh. Aku pun mula berteka timbulkan persoalan kepada SuriHari sambil lagu Menahan RIndu terus berkumandang.

“Macam mana dia sampaikan rindu dengan angin?”, Aku bertanya dengan gelak kecil. SuriHati keliru kejap.

“Jawapannya dengan Kentut la….hahaha.”.
kentut
gambar kredit: google

(Dalam otak dah terfikir dengan santau angin dengn kentut, jadi untuk lebih lawaknya aku pilih KENTUT…Hahah..). Masih konfius? Meh nak terangkan tapi AWAS, nanti korang akan dengar Lagu Wany Hasrita ni dengan persepsi lain lak.

Huraian Lirik Menahan Rindu oleh penyanyi Wany Hasrita
oleh Blogger Introvert ni. Maaf jika ada yang tersensitif dan kurang asam.

Mulakan membaca huraian ini dengan santai.
(Tukar perkataan ‘Rindu’ dengan ‘Kentut’…hehehe)

Sejenak Ku termenung
Awan Pun mulai murung
Tiada Siulan siulan burung burung

(Pada masa ini dia sedang duduk termenung semasa cuaca yang tengah mendung. tiada dengar kicauan burung sebab cuaca nak hujan..angin sejuk sempoi-sempoi bahasa meniup membuatkan meremang sejuk.)

Menemani Hari ku
Menemani Sepi ku
Tersiksa Angkara menanggung rindu

(Hanya dia seorang je ketika itu semasa cuaca mendung tersebut tapi dahinya berkerut menahan sakit perut dan kentut…)

Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi

(Oleh kerana tidak tertahan sakit perut tadi, maka diamula menyeru 'Oh angin'-maksudnya angin di dalam perut untuk keluar. dan bila dah keluar mungkin ia akan berbunyi..bila berbunyi tandanya dah keluar.)

Biarpun sekadar cuma
Memujuk Hati

Akan Ku terus berdiri hadapi semua ini
(ketika bermonolog jika angin tersebut keluar, kemungkinan ia akan berbau yang tidak menyenangkan, dia cuba pujuk kata dalam hati untuk berdiri supaya tidak pengsan menghidu bau angin tersebut.)

Biarlahku Bersendirian
Terkurung Dalam kenangan silamku
Biarlah Aku
Menahan Rindu

(apabila difikarkan, biarlah dia bersendirian memikir kenangan ketika dia pernah melepas angin waktu dulu yang bukan kenangan manis...bila difikirkan lagi biarlah dia rela menahan kentut)

Oh Angin
Kau Kirimkan kalimah kasihku
Agar Dapat ku dengari kalamnya berbunyi

(ulang)

Biarpun Sekadar cuma
Memujuk Hati
Akan Ku terus berdiri hadapi semua ini

(ulang)

Oh Hati
Kau Sedarilah kenyataan ini
Agar Dapat ku gagahi dan terus berdiri

(Dia nak tegaskan sekali lagi yang dia perlu terima kenyataan mungkin akan bau busuk, jadi dia akan tahan dan terus menahan dengan gagah sekali untuk berdiri sehingga line clear)

Biarlahku Bersendirian
Terkurung Dalam kenangan silamku
Biarlah Aku

(ulang)

Menahan Rindu
Menahan Rindu

(menahan kentut
menahan kentut)

nota: semua penulisan berdasarkan imaginasi pandangan penulis sahaja. harap peminat tidak terasa hati.

17 Ogos 2017

Bila dah masuk alam bekerja ni atau banyak berurusan dengan bank. Biasa akan terkena apabila nombor pejabat yang tak dikenali muncul di telefon. Pada mulanya ingatkan atas urusan kerja atau panggilan interview ke yang nak bagi duit free ke; rupanya panggilan daripada Bank, Insurans dan pernah beberapa kali panggilan luar negara masuk 'Scam'. Bayangkan tetiba tengah buat urusan kerja atau tengah menunggu panggilan berkaitan kerja dna ada nombor pejabat masuk, memang secara automatiknya angkat. 

Mula-mula akan kedengaran, "Ini encik xxxx ke...?"
Terpaku sekejap nak mengaku ke tidak dan biasanya akan cakap,"Ya saya.."  je la..So secara automatik dia akan teruskan,"Saya membuat panggilan daripada Bank XXX atau dari XXX..Boleh kita bercakap 5 minit?"

Mula dari sini JANGAN percaya lima (5) minit tersebut. JANGAN PERCAYA!

Oleh kerana terlalu suci percaya panggilan macam ini, pernah la terpengaruh dengan produk tersebut dan berkongsi maklumat peribadi. Kemudian menyesal dan terus keluarkan duit daripada maklumat bank yang diberi dan terminat terus berkaitan dengan produk tersebut. Ada juga terpengaruh dengan Cashlite Kredit Kad ni beberapa kali disebabkan masalah kewangan masa itu. Apa-pun syukur tidak terjatuh ke kancah SCAM yang berleluasa sekarang. Jangan JATUH ke kancah kredit kad jugak!! Lesson learnt!!

Kemudian saya ada terbaca status di FB berkenaan dengan APPS WhosCall ni dan juba install. Setelah beberapa hari ada panggilan tiada dalam buku telefon, keluar ID yang telah di save oleh pengguna lain di dalam Database  Apps ni - testimoni

Sebenarnya banyak apps sediaada yang boleh block ID dan call, SMS ni. Kaum perempuan yang jenis taknak angkat panggilan telefon yang nombor baru ni boleh install ni juga. Amat berkesan.

Tapi kalau yang jenis susah angkat nombor baru ni pun susah juga. Jika berlaku kecemasan dan ada orang lain call nombor kita ni, dan kita taknak angkat. Jangan menyesal di kemudian hari sudah.


09 Ogos 2017

Kenapa tetiba boleh timbul tentang kunyit lak ni?

kredit: google-manfaat.co.id.

Kisahnya disebabkan my hero Irfan (anak lelaki) yang baru umur 8 bulan mengalami panas badan, suhu sekitar 37.6 ‘C di bahagian leher, terlebih sedikit dari paras normal (tapi di bahagian leher memang lebih panas sebab berhampiran dengan nadi dan leher pun kena selak skit..."leher mana...leher mana"), sedikit batuk dan amat sedikit mukus (hingus) jernih kuar dari hidung, tidak lena tidur, kerap meragam, SuriHati dah agak panik walaupun papanya agak cool dan mula membuat hipotesis (sebab tiada simptom selsema, masih super aktif,selera makan biasa, cuma susu macam lebih kerap lebih dahaga.):

1# Irfan umur 8 bulan dan masih belum tumbuh gigi lagi. kemungkinan proses nak tumbuh gigi berlaku atau ‘teething’
2# Reaksi kepada vaksin baru berlaku. Imun badan nak tengah ‘upgrade’
3# Badan bintik-bintik merah macam ruam (lebih kepada ruam biasa berbanding campak)
4# Sebab terhidu ‘fogging’, meredah fogging di sekitar rumah ni.

Jadi kami ambil keputusan untuk tengok dulu keadaan Irfan macam mana. SuriHati kena kerja hari ahad jadi Papaya (papanya) ni kena jadi house-husband (Sura-Rumah) sehingga petang. Tentulah tiada masalah bagi Papaya ni untuk jadi bayi umur 8 bulan yang panas badan ni.

Teringatlah dengan tips tradisional mak (panggil Mama) masa kecil-kecil dulu, biasanya kalau demam, mama akan guna air beras campur potongan kunyit dan lap badan selalu. Jadi teringatkan tips tersebut, saya cuba untuk semburkan pada Baby Irfan ni:

  1. Ambil dalam separuh cawan beras.
  2. Potong kunyit matang dengan hirisan kecil (memudahkan ambil khasiat dari hirisan kunyit)
  3. Isi air suam lebih kurang 4-5 cawan (supaya khasiat beras dan kunyit dapat keluar)
  4. Rendam beberapa minit pun boleh, beberapa jam pun okay. (Jangan biarkan semalaman atau terlalu lama kerana bakteria boleh membiak sebab ada sumber tenaga dari beras) 
  5. Sedikit air rendaman tu saya letakkan dalam botol spray untuk spray pada badan Baby Irfan, di kepala terutamanya (elakkan terkena mata, dalam telinga)
  6. Boleh juga lap badan. Saya amalkan sebelum mandi.
Alhamdulillah pada petangnya ruam bintik merah mula surut, panas pun dah reda.
kredit: manfaat.co.if-google

Disebalik Tips Tradisional dan Nilai Sains


Hebat orang dulu-dulu banyak gunakan sumber alam semulajadi untuk mengubati (mengurangi simptom sakit). Orang zaman sekarang tak pasti la tahu ke tidak, hampir 90% bahan di dapur kita tu mempunyai nilai perubatan dan khasiat yang tinggi serta mempunyai manfaat kepada tubuh manusia.10% lagi tu termasuk periuk, kuali, dapur, gas. Bak kata pepatah inggeris,"You are what you eat" (Kamu apa yang kamu makan). Maksudnya, sumber makanan kita daripada dapur membentuk kesihatan dan manfaat diri.

Kunyit mempunyai banyak khasiatnya yang dikenali beratus-ratus tahun dahulu lagi, cuma disini saya cuma nak terangkan khasiat dari segi penggunaan dalam air rendaman beras dan kunyit ni.

Kunyit  - Bertindak sebagai anti-bakteria dan antiseptik, anti-radang. Disebabkan terdapat ruam bintik merah pada kulit baby Irfan mungkin disebabkan ketidakselesaan dalam kulit,atau jangkitan bakteria sebab aktif sangat merangkak, bergolek, masuk mulut segala bahan.

Beras - Beras memang dah jadi makan asasi orang asia dan wajib ada kat rumah. Orang dulu-dulu buat bedak sejuk guna beras diperam. Kalau orang Jepun-Korea yang lebih canggih hasilkan produk berasaskan beras sebab khasiatnya untuk melembabkan dan menyejukkan kulit.


Rujukan:
1. http://drhealthbenefits.com/health-a-z/skin-health/benefits-of-raw-turmeric-for-skin

Jadi banyak menu berasaskan rempah ratus ni mempunyai khasiatnya. Yang menjadi kurang berkhasiat tu bila ditambah garam gula perencah perasa pewarna yang berlebihan, goreng menggunakan minyak yang diguna berpuluh-puluh kali (minyak masak boleh diguna bergantung kepada jenis yang dinyatakan pada label. Ada yang boleh diguna sehingga 2-3 kali. Jika diguna berlebihan nanti menjadi bahan yang tak sihat kepada badan.)

Sampingan.

Khasiat Ikan Goreng Kunyit


Jangan nak pelik bila sebut Khasiat Ikan Goreng Kunyit ni. Kalau sekali baca memang agak pelik, tapi dua tiga kali baca masih tak dapat tangkap, meh sini nak ceritakan.

Kalau biasa zaman kanak-kanak dulu, menu Ikan Goreng bersalut kunyit ini antara yang paling feveret. Makan nasi putih panas dengan kicap manis dengan ikan goreng kunyit yang lemak masin-masin ini pun dah cukup nak tambah lagi. Tak habis setakat tu, habis kepala ekor tulang digigitnya menikmati ikan goreng kunyit ni.

Mungkin dah dapat agak tang mana khasiatnya Ikan Goreng bersalut kunyit ni..haa… Tentulah khasiatnya pada serbuk kunyit yang disapu pada ikan tu. Ikan pun ada khasiatnya juga, minyak pun ada khasiat juga (minyak gorengan pertama atau kedua), dan pada garamnya juga. Jadi semuanya mempunyai khasiat tersendiri dan bergantung bagaimana cara penyediaannya.

21 Jun 2017

Tak lama lagi seluruh umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidilfitri setelah 30 hari kita berpuasa di siang hari dan melantak makan ketika berbuka. Harapan kita semasa berpuasa ni harapnya dapatlah turun 3-5 kilogram, tapi 3-5 kilo lak yang naik. Apakes. muhasabah diri sekejap mencari apa sebabnya sambil mengunyah baki murtabak yang tak habis sambil layan Drama "Andainya Takdir" jam 10 malam.

Di media sosial banyak update status tentang soalan-soalan sentap bila masa raya nanti. Ada juga video klip, status yang bagi tutorial secara sarkastik bagaimana nak jawab soalan-soalan yang dianggap 'sentap' bagi sesetengah orang terutamanya orang bujang.

Antara soalan 'sentap' bila berkumpul dengan saudara mara yang senior:
1. "Bila nak kahwin?"
2. "Bila nak ada anak?"
3. "Bila nak tambah anak?"
4. "Bila nak ada kereta, rumah sendiri?"

Mungkin kita selalu digasak dengan pertanyaan ini membuatkan kita jadi 'fed-up', muak dengan soalan yang kita sendiri pun tak pasti masa depan sendiri. Bila dah 'fed up', maka mula la mencari jawapan untuk 'senyapkan' si penyoal yang boleh melampaui batas adat dan adab.

Saudara mara, kawan-kawan kampung dah la kita jarang sekali jumpa... Setahun sekali dah jadi tradisi..kalau tak di hari raya; mungkin di majlis-majlis kahwin atau majlis reunion. Soalan-soalan sentap memang dah jadi pembuka bicara gamaknya. Mungkin bagi kita, soalan tu agak sentap maka kita membalas pun dengan sentap juga. Maka, terjadilah situasi 'krik...krik...krik...' sebab perbualan terhenti disitu sebab takut lebih banyak adegan sentap-menyentap.


Kenapa di Soal Soalan Cliché? Yang kita pun tak tahu jawapannya.

Memang dah jadi naluri manusia yang ingin tahu walaupun tak punya kebaikan kepada mereka sendiri.

Q: "Bila nak kahwin?" "Bila nak itu..ini..sekian....?"
(Apa kena mengena dengan kahwin atau tak dengan penyoal tu?)
## Jodoh pertemuan, rezeki adalah fitrah manusia. Jadi, memang fitrah manusia melihat manusia lain berpasangan dengan jodohnya. Jodoh pertemuan adalah antara banyak-banyak rahsia Allah, bila kita dah tahu maka secara tak langsung kita yakin kepada Allah bahawa Dia telah mengaturkan sebaik-baiknya bagi hamba-Nya. Bagi yang belum jumpa dengan jodoh, secara tak langsung kata-kata penyoal yang dianggap 'busy body' turut mengaminkan dalam lintasan hatinya semoga jodoh si 'single' tu cepat sampai. (kalau lintasan hatinya ada sekelumit niat baik bila bertanya...)

Janganlah kita hilang adab budi bahasa kita bila disoal tentang Rahsia Allah. Kita tak sempurna dan cuba mencari kesempurnaan dalam kehidupan. Kita hanyalah hamba yang ingin tahu Rahsia Pencipta. Bak kata Harith Iskander,"We stated the obvious" (kita nyatakan yang jelas) sebab itu sahaja had mata akal fikiran kita.

Nanti bila Raya atau jumpa saudara mara dan ditanya soalan 'sentap' melibatkan masa hadapan.. Jawablah,"Rahsia Allah. Saya pun nak tau juga bila saya nak kahwin ni..."

Dah besar-besar ni jangan sentap-sentap sangat... Life must go on...

15 Jun 2017

Pengapit atau 'Bridesmaid' (bagi pengantin perempuan) atau 'Groomsmen' (bagi pengantin lelaki) dalam sesebuah perkahwinan dianggap wajib ada, lebih-lebih lagi ia sudah menjadi 'trend' zaman sekarang yang semakin 'hipster'. Pengapit atau Bridesmaid ini telah wujud berkurun-kurun lamanya dan peranannya semakin berubah mengikut peredaran zaman. Tidak salah adanya pengapit/bridesmaid/groomsmen ini, mengikut kemampuan sosio-ekonomi masing-masing. 

Bagi untuk lebih menghayati perjalanan budaya perkahwinan yang sekali seumur hidup ini, lebih bagus kita mendalami dan memahami asal usul pengapit/bridesmaid/groomsmen ini yang menjadi 'trend' ini.

Sebelum kita masuk ke peranan pengapit ini, kami terangkan dulu (secara teori) maksud dalam perkahwinan. (Oleh kerana saya ni Melayu, jadi saya kaitkan secara teori kepada Adat Bangsa Melayu, ia mungkin berbeza mengikut bangsa lain.)
Kredit: bighandesign ni bagi template kartun kahwin free

I. Apa itu Raja Sehari dan Hantaran?

Istilah Raja Sehari merujuk kepada Pengantin Lelaki & Perempuan yang dilayan seperti Raja dalam satu hari, diiring oleh dayang-dayang / bridesmaid dan duduk di singgahsana pelamin memerhati rakyat 'tetamu' menjamu selera pada hari keraian. Para tetamu juga sesekali datang menyembah mengucapkan tahniah di atas singgahsana.

Istilah Raja Sehari ini lebih merujuk kepada Pengantin Lelaki yang dianggap sebagai bakal ketua keluarga. Perkahwinan adalah untuk menyatukan dua hati, dua keluarga dan dua keturunan. Pada asasnya untuk melebarkan salasilah keturunan Raja Sehari Baru (Pengantin Baru) yang menjadi tanggungjawab lelaki. Bagi seorang Raja, mendapatkan keturunan adalah impian utama kerana ia sebagai penyambung legasi beliau. Seorang Raja juga di anggap mempunyai harta dan harta tersebut diguna untuk merisik, menanda bakal pengantin dan hantaran dengan sejumlah harta emas ditukar kepada nilai wang hantaran kepada pengantin perempuan bagi menggembirakan keluarga bakal permaisuri tersebut. Cincin emas menunjukkan simbolik harta tersebut. Oleh kerana percampuran dengan agama Islam, cincin emas lelaki ditukar kepada Cincin perak. Mas Kahwin yang rendah di masukkan mengikut syarat Islam dan nilai mengikut negeri. Perbelanjaan wang hantaran diberikan sebelum akad nikah berlangsung dan kemungkinan digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan majlis keraian.Secara teori, majlis tersebut ditanggung oleh bakal Raja Sehari (bakal Pengantin lelaki)

Bagi negeri Terengganu dan Kelantan, hantaran merupakan jenis barangan dan wang hantaran bergabung dengan jumlah mas kahwin. Namun terdapat perbezaan mengikut praktik keluarga kerana Mas kahwin mengikut Islam adalah hak pengantin perempuan (dan atas tolak ansur mengikut kemampuan pengantin lelaki) serta duberi semasa majlis akad nikah berlangsung. Majlis keraian ditanggung oleh bapa pengantin perempuan dan atas tolak ansur juga pengantin perempuan memberikan sejumlah daripada mas kahwin untuk perbelanjaan majlis bagi meringankan beban bapa (bekas Raja Sehari Lama).
Pengantin
Pengantin merujuk kepada Pengantin perempuan dan pengantin lelaki yang menjadi Raja Sehari dalam majlis perkahwinan tersebut.

Pengapit
Pengapit merujuk kepada Pengapit lelaki (groomsmen) dan pengapit perempuan (bridesmaid).

Hadiah
Hadiah merujuk kepada hadiah yang diberikan oleh tetamu,keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja kepada pengantin.

II. Asal Usul dan Peranan Pengapit

1# Melindungi Pengantin (Terutamanya Pengantin Perempuan)

Peranan pengapit mengikut asal usul beratus tahun dulu semasa zaman Rom Kuno adalah untuk menjaga kedua-dua mempelai terutamanya pengantin perempuan.Ikut sejarah kuno, pengapit lelaki pun akan berarak dengan pengantin perempuan bagi melindunginya daripada perompak yang nak curi hantaran (dowri). Ada sesetengah pendapat, bagi mengelak pengantin perempuan di ancam, dibunuh, diculik oleh pembunuh upahan ke bagi mengelakkan kahwin dengan pengantin lelaki. Mengelakkan pengantin lelaki tu ada keturunan/legasi. Sebab lelaki tu dianggap sebagai Raja sehari. Seorang Raja yang bakal meluarkan empayarnya dengan keturunannya. Hebatkan?

2#Memberi Sokongan dan Teman Semasa Majlis.

Dalam tradisi moden, pengapit memang mengepit je dengan pengantin yang dah jadi Raja Sehari takleh ganas-ganas sangat. Jadi Pengapit membantu pengantin dan teman di sebelah pelamin. Di budaya Barat, pengapit akan memberi ucapan semasa majlis keraian.

3#Sebagai Saksi Nikah dan Kelirukan Orang (Hantu)

Dalam undang-undang Rom Kuno perlukan 10 orang saksi yang perlu hadir semasa majlis kahwin. Kalau dalam Islam juga perlukan saksi sebagai syarat sah Nikah, pengapit pun boleh juga jadi saksi. Ada kepercayaan barat kuno yang bridesmaid dan groomsmen (pengapit ramai yang pakai lawa-lawa macam pengantin juga) nak bagi hantu-hantu, roh-roh jahat keliru yang mana satu pengantin (atau yang macam No.#1 bagi elakkan orang yang berniat jahat terhadap pengantin baru)

4# Sebagai Pembantu Peribadi
Mengikut sumber, tradisi Bridesmaid berkaitan dengan Bible atau kitab lain. Bila Jacob berkahwin dengan Leah dan Rachel, setiap daripada pengantin membawah "maid/ pembantu' sendiri. 'Maid' disini lebih kepada pembantu peribadi, bukan pengapit zaman sekarang.

5# Pelindung Terbaik 'Best Man' Pengantin Perempuan
 Dalam Budaya barat juga disebut 'Bestman' sebagai pengapit, mengikut asal dari Germanic Goth pada kurun ke-16. Pengapit tersebut memang 'best man' yang terbaik di mana secara khususnya menghalang pengantin perempuan diculik atau diancam dari keluarga yang tak restu. Atau dari bekas-bekas kekasih lama yang datang meroyan kat majlis kahwin.
6#Sebagai Peneman 'Tukang' Redakan Hati Pengantin Perempuan.
Kawan-kawan pengantin perempuan/ bridesmaid akan bagi-bagi hadiah yang diterima atau diberi kepada pengantin perempuan bagi nak sejukkan hatinya yang lara sebab berpisah dengan keluarga atau sebab keluarga perempuan tak berapa berkenan dengan pengantin lelaki, jadi kurang atau tiadalah hadiah diberi. Hadiah-hadiah tersebut boleh juga jadi hantaran/dowri pengantin perempuan kepada lelaki.

Pengapit lelaki dan perempuan biasanya berdiri sebelah dengan pengantin bagi menunjukkan sokongan dan peneman di majlis keraian yang meriah serta menggembirakan hati semua orang. Tanggungjawab dan fesyen pengapit berubah dari masa ke semasa. Bagi budaya melayu juga menyerap daripada budaya-budaya lain juga asalkan tidak bertentangan dengan Islam, budaya masing-masing. Yang penting pada majlis penyatuan dua hati ini berjalan dengan lancar dan sempurna.

Nota: Sesetengah kenyataan adalah pandangan teori penulis sendiri dan tiada rujukan berkaitan.

Rujukan:
1. http://simplepleasures.us/traditions-behind-bridesmaids-and-groomsmen/
2. http://mentalfloss.com/article/57821/21-historical-roles-and-responsibilities-wedding-party

30 Mei 2017

Aplikasi WhatsApp dah jadi medium komunikasi yang meluas sekarang. Melalui Whatsapp juga boleh buat group Whatsapp minimum 2 orang. Kebiasaannya orang buat GroupWhatsapp ni sebab nak buat rekod yang berkaitan dengan sesuatu perkara. Kadang-kadang (kebanyakkannya) melalut je sampai terkeluar dari tujuan asal Group sampai notifikasi beratus-ratus tak sempat nak baca yang mana berkaitan group dan yang mana iklan 'tumpang lalu' (sesekali tu okay lagi sebab kekadang kita sendiri pun nak 'tumpang lalu' juga)

Berbalik kepada WhatsApp kepada nombor sendiri. Terlihat pada post di Facebook dan telah cuba sendiri. Di bawah ni saya letak gambar macam mana nak WhatsApp ke nombor sendiri.

Langkah #1: Dengan menggunakan browser internet di smartphone, letak alamat web 'wasap.my/601xxxxxxxx' (Letak kod Negara sekali pada hadapan. Malaysia= 60)

Bagi peniaga online boleh letak link Whatsapp supaya pembeli yang guna telefon boleh tekan link dan terus ke Apps Whatsapp. Caranya sama sahaja.

Langkah #2: Selepas masuk ke web wasap di atas, dia automatik ke paparan seperti dalam gambar ni. Tekan butang 'Message' untuk Whatsapp ke nombor sendiri.


Contoh Whatsapp ke nombor sendiri selesai.
Selesai. Boleh whatsapp ke nombor sendiri sebagai reminder atau nota. Whatsapp juga boleh backup ke google drive.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Follower-Google-Blogger

Iklan

Blog Archive

Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger

Cari Blog Ini

Hubungi Blogger di Sini

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright © Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger | Powered by Blogger
Design by WP Lift | Blogger Template by NewBloggerThemes.com